Thursday, June 10, 2010

Pengenalan Bersama PSSGTM

Sin = Sir (rahsia)
Ya = Yakin
Lam = Latif
Ta = Taqwa

* SILAT * SULIT * SELIT *

* SILAT * SOLAT * SELAWAT *

"Inilah Pujangga Persatuan Seni Silat Gerak Tepat Melaka"

Pengenalan PSSGTM.
Persatuan Seni Silat Gerak Tepat Melaka telah ditubuhkan dan didaftarkan pada 13 Februari 2000. Persatuan ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Ahmad Bin Hamzah (ADUN Umbai). Persatuan ini pada awalnya diasaskan oleh enam orang penting dan diketuai oleh Guru Utama iaitu Guru Aziz Bin Md Said.

Persatuan Seni Silat Gerak Tepat Melaka ini berpusat di KM13.5, Jalan Berangan Enam, Kampung Umbai, Melaka. Seawal persatuan ini ditubuhkan, ahli pesilatnya hanya seramai 50orang sahaja dan sehingga kini ahli persatuan Persatuan Seni Silat Gerak Tepat Melaka Melebihi 1500 orang.

Gelanggang.
Persatuan Seni Silat Gerak Tepat Melaka ini mempunyai beberapa gelanggang di sekitar melaka seperti di Klebang Besar dan Merlimau. Ia juga mempunyai beberapa cawangan gelanggang di luar bandar melaka seperti di Negeri Selangor dan juga Johor.
Di Selangor Persatuan Seni Silat Gerak Tepat Melaka mempunyai 4 kawasan gelanggang iaitu di Gelanggang Kajang Utama, Gelanggang Semenyih, Gelanggang Puchong dan juga Gelanggang Universiti of Notthingham. Manakala di Johor pula persatuan Seni Silat Gerak Tepat Melaka hanya mempunyai 1 gelanggang di Kawasan Pasir Gudang dan dalam usaha untuk membuka beberapa gelanggang disekitar Kawasan Bandar Johor bagi memperkembangkan lagi kesenian Silat Gerak Tepat Melaka ini.

Ahli
Persatuan Seni Silat Gerak Tepat Melaka hanya menerima ahli bagi mereka yang menganut Agama Islam sahaja. Bagi mereka yang bukan beragama Islam persatuan ini tidak akan sesekali menerima menjadi ahli.
Dari segi peringkat umur Persatuan Seni Silat Gerak Tepat Melaka mengalu-alukan anak-anak yang berusia seawal 6 tahun keatas untuk memperlajari kesenian warisan pusaka bangsa ini dan langkah keselamatan jaga diri.

Sukatan Pembelajaran.
Permainan-permainan yang diajarkan oleh Persatuan Seni Silat Gerak Tepat Melaka adalah Permainan Kuntau Pelebat pecah 4, pecah 4 bawah, pecah 4 lapis, pecah 8, pecah 8 lapis, 3 setunda tangkap tembung 8 lapis, kunci-kuncian kuntau, tangan kosong, bermain Buah Parang, Buah Keris, Buah Selengan, dan terakhir Bermain Buah Tekpi.
Permainan Buah Pukulan pula seperti Pukulan Mat Kelang, Pukulan 9 dan Siku 12.

Sikap.
Menariknya didalam Persatuan Seni Silat Gerak Tepat Melaka ini mengajar serta mendidik ahli-ahli persatuan dalam beradaban bersama Guru dan orang yang lebih tua di antara satu sama lain.

Akhir kata, Persatuan Seni Silat Gerak Tepat Melaka ingin memberi sepatah dua pantun kata kepada semua masyarakat Malaysia :-

Padah bisa bermain tombak,
Mungkir nyawa jangan derhaka,
Biar badan menjadi tembok,
Pertahan tanah daripada durjana,

Menyeluk pekasam hingga lengan,
Bara api menjadi arang,
Halangan hanya menjadi cabaran,
Usahaku bukan kepalang,

Mati anak jangan adat,
Putih tulang bukan mata,
Warisan akan aku ikat,
Hingga putus akal dan nyawa,

Angin taufan menghiris isi,
Terbelah bumi menjadi dua,
Bersumpah aku atas nama ini,
Tak kan Melayu hilang di dunia.

No comments:

Post a Comment