Saturday, May 21, 2011

Kem Beladiri Pukulan Gerak Tepat




Persatuan Seni Silat Gerak Tepat Melaka (PSSGTM)
akan mengadakan

Kem Beladiri Pukulan Gerak Tepat [Pukulan Mat Kelang]
pada :

Tarikh
02 - 03 Julai 2011

Tempat
Hutan Rekreasi Sungai Chongkak, Hulu Langat.

Yuran Pendaftaran
RM200 [termasuk makan, minum, Kitab Pembelajaran, CD pembelajaran & sijil]


:TERHAD KEPADA 50 PESERTA SAHAJA:


Kursus ini akan diadakan selama 2 hari dan akan diajar sendiri oleh guru utama Persatuan Seni Silat Gerak Tepat Melaka iaitu Tuan Guru Aziz Bin Md Said.


Pesilat akan diajarkan 7 buah pukulan untuk menghadapi serangan tangan kosong dan 3 teknik untuk menghadapi serangan musuh yang bersenjata.


Kursus Intensif / Seminar Beladiri ini terbuka kepada semua Muslim


TEKNIK MENGATASI SERANGAN TANGAN KOSONG DAN BERSENJATA
-RINGKAS, MUDAH DIPELAJARI DAN BERKESAN-

terbuka kepada semua melayu muslim. serba sedikit menganai perjalanan Kem Beladiri ini, kami akan kongsikan bersama pesilat semua dengan
- 7 buah pukulan mat kelang
- teknik dan taktik tangan kosong untuk menghadapi musuh yang bersenjata
- tazkirah kerohanian dan keagamaan
- tazkirah melayu
- senaman melayu.

untuk tidak menghampakan pesilat-pesilat, kami menyediakan buah tangan untuk dibawa pulang bersama seperti CD pembelajaran buah pukulan gerak tepat dan kitab pembelajaran. setidak-tidaknya, kami tidak mahu pesilat pulang dengan perasaan hampa.

sudah tiba masanya untuk kita sebagai orang melayu menguasai semula warisan tradisi tinggalan nenek moyang kita. kalau bukan kita yang mewarisinya, siapa lagi?

bersilat untuk pertahanan diri. bersilat untuk sihat. sambil bersilat untuk pertahanan diri, sambil kita bersenam.

kita mungkin ada yang xgentar dengan musuh yang berada di luar. tapi apa yang nyata, musuh dalam selimut itulah yang kita perlu berhati-hati. kadangkala, dalam rumah sendiri pun ada musuhnya. cukuplah berita akhbar dan televisyen memaparkan haruan makan anak, cucu bunuh nenek, anak kelar bapa, bapa rogol anak. jangan biarkan ianya berlaku pada diri anda dan keluarga anda.

"Dan persiapkanlah dengan segala apa kekuatan yang kamu sanggupi."
..............................................................................

PAKAIAN PADA SESI PERSILATAN

Pakaian untuk lelaki :
- Songkok Hitam
- Uniform Lengkap Silat Warna Hitam
atau
Baju T-shirt Hitam kosong dan Seluar Silat Warna Hitam
- Kain Pelikat

Pakaian untuk wanita :
- Tudung Hitam
- Uniform Lengkap Silat Warna Hitam atau Baju T-shirt Hitam kosong
atau
Seluar Silat Warna Hitam
..............................................................................

Barang-barang yang perlu dibawa :-

- Pesalinan Pakaian Persilatan
- Pakaian Riadah (utk solat / waktu rehat dan sebagainya)
- Kelengkapan Sendiri
- Peralatan utk makan (sudu / cawan )
- Alas Tidur
..............................................................................


"CAPAI SEBELUM SAMPAI. BUNUH SEBELUM HIDUP."

Kepada yang berminat, sila emailkan nama, no k/p, alamat dan no. telefon kepada pssgtm@gmail.com sebelum 20 Jun 2011.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :
Cikgu Nazri : 0172102958
Shahrul : 0177271707



[Anjuran Cahaya NaqThajam Sdn. Bhd]

Sunday, June 13, 2010

Kursus Intensif Pukulan Gerak Tepat



.TEKNIK BELADIRI TANGAN KOSONG.
Boleh mengatasi serangan tangan kosong dan bersenjata.
Ringkas. Mudah. Berkesan

KEPADA SESIAPA YANG INGIN MENGIKUTI KURSUS INTENSIF
PUKULAN GERAK TEPAT, BOLEH HUBUNGI :-
Guru Aziz Bin Md Said [Pengerusi / Guru Utama PSSGTM]
0126879223

Guru Mohd Nashri Bin Che Win [Naib Pengerusi PSSGTM]
0172102958

KURSUS AKAN DIADAKAN SEBANYA 2 KALI
1. Kursus 1 : Bayaran RM200 [5 jam]
2. Kursus 2 : Bayaran RM200 [5 jam]

TEMPAT
1. KM13.5, Jalan Berangan Enam, Kampung Umbai, 77300 Umbai, Melaka

2. No.6, Jalan Kesuma 7/5, Bandar Tasik Kesuma, 43700 Beranang, Selangor DE

HARI
1. Sabtu : 9.00 pagi - 2.00 petang
2. Ahad : 9.00 pagi - 2.00 petang

*makan dan minum disediakan*

KE ARAH BUDI AKHLAK MULIA

Thursday, June 10, 2010

Kemeja Korporat Rasmi PSSGTM



Assalamualaikum w.b.t

Bagi meningkatkan mutu Persatuan Seni Silat Gerak Tepat Melaka, semua ahli dialu-alukan untuk memiliki sehelai Kemeja Korporat Rasmi PSSGTM.

_________________________


_________________________



RM65

Kepada yang berminat, sila hubungi :

Sahidee Bin Abdul Jalil
018-2677718


Organisasi Ahli Jawatankuasa Pusat PSSGTM

PENAUNG
Tn. Hj. Sahat Bin MohamMad [p.p.n , p.j.k]
sidang dan pengerusi JKKK Umbai

PENASIHAT
Wak Ismail Bin Hj. Kamari

PENGERUSI
En. Aziz Bin Md Said
Guru Utama

NAIB PENGERUSI
En. Mohd Nashri Bin Che Win@Jamal

SETIAUSAHA
En. Zamri Bin Rosli

NAIB SETIAUSAHA
En. Mohd Shukor

BENDAHARI
En. Yahya@Daud Bin Ibrahim

AJK
En. Mohd Ilham Bin Mohd Yusuf
En. Mohd Firdaus
En. Khairil Anuar Bin Abdul Jalil
En. Mohd Nazlan Bin Ismail
En. Ridwan Bin Md Top
En. Sahidee Bin Abdul Jalil
En. Norhalizam Bin Alias

Pengenalan Bersama Guru Utama



TUAN GURU AZIZ BIN MD SAID


Tuan Guru Aziz Bin Md Said ialah Guru Utama dan merangkap Presiden Persatuan Seni SIlat Gerak Tepat Melaka. Beliau telah dilahirkan di Kg. Berangan Enam, Umbai, Melaka pada tanggal 9 Disember 1961.

Guru Aziz adalah seorang guru yang begitu luas pengalaman dari segi dunia persilatan. Beliau telah menceburi dunia persialatan sejak kecil yang mana usia beliau baru mencecah 7 tahun. Ketika beliau berusia 7 tahun, beliau mempelajari Seni Silat Kuntau Melayu daripada ayahandanya sendiri iaitu Md Said Bin Latif dan menamatkan pembelajaran Seni Silat Kuntau Melayu ketika berusia 15 tahun. Setelah menamatkan pelajaran bersama ayahandanya, beliau telah mempelajari Seni Silat Kuntau Tepat dan berguru di bawah naungan Guru Abu Samah Bin Abdullah. Setelah 2 tahun menguasai Seni Silat Kuntau Tepat, Guru Abu Samah telah melantik beliau menjadi Gurulatih dan ketika itu beliau berusia 17 tahun. Sehingga kini beliau masih mengamal dan mengajarkan kepada pelatih agar disampaikan ilmu tersebut kepada pesilat Persatuan Seni Silat Gerak Tepat Melaka.

Pada tahun 1977, beliau telah berjumpa dan bermuzakarah dengan seorang guru yang bernamaWak Ismail Bin Kamari. Guru Ismail Kamari telah mengajarkan beliau Kebatinan Budi Suci (KBS). KBS adalah permainan pukulan jarak jauh atau pukulan `batin`. Setelah beberapa tahun mendalami ilmu tersebut, beliau telah diangkat sebagai Guru Peringkat Pertama (BS).Pada penghujung tahun 80-an beliau sekali lagi dilantik dan diiktirafkan sebagai Guru Peringkat Tinggi di dalam ilmu KBS. Dan sehingga kini, genaplah 33 tahun beliau mendalami ilmu tersebut masih berhubung dengan Guru Ismail Kamari.

Selain meminati dan mendalami Seni Persilatan beliau juga pernah membintangi beberapa drama televisyen tempatan seperti Pendekar Kundur, Tersingkir, Nisliha, Lela Sari, Cendana Pura dan lain-lain. Beliau juga pernah berganding bahu dengan beberapa pelakon terkenal dari segi dunia persilatan seperti Eman Manan, Nasir Bilal Khan, Ebby Saiful, Abby Yus, Sofea Jane, Kamsani dan beberapa pelakon lain. Dalam masa yang sama, ada juga segelintir pelakon yang turut mempelajari beberapa ilmu dan ijazahkan sendiri oleh Guru Aziz seperti Eman Manan, Ebby Saiful, Kamsani, Sofea Ibrahim, Sallehudin Sani, Yanzent, Sharifah Haslinda, Rahim Kidol, Shaharudin Tambi, Intan Azura dan lain-lain.

Setelah mempelajari pelbagai jenis persilatan, beliau sering merasakan dirinya masih belum mencukupi untuk menguasai silat-silat Melayu yang terbilang. Oleh yang demikian, dek kerana minat yang mendalam dan tidak pernah jemu atau putus asa beliau telah berjumpa dengan seorang guru Pukulan Mat Kelang yang bergelar Pak Itam Mail. Pak Itam Mail adalah orang penting / orang kanan kepada Datuk Ali Rustam (Ketua Menteri Melaka). Setelah itu, beliau berjumpa pula dengan guru Pak Abas. Pak Abas juga adalah Guru Pukulan Mat Kelang. Kehebatan Pak Abas ini, beliau telah melahirkan beberapa guru silat masa kini seperti Guru Aziz, Guru Dahlan, dan lain-lain.

Guru Aziz memang tidak pernah kenal erti jemu dan putus asa bagi mendalami dunia persilatan. Ada juga diantaranya beliau telah mempelajari silat-silat Melayu dengan anak murid dan rakannya sendiri. Seperti Silat Lang Buana, Tari Naga Sakti dan Langkah Jebat Durhaka dan beberapa silat yang lain. Permainan seperti Langkah Jebat Durhaka ini tidak diajar kepada murid-muridnya malah beliau mempelajarinya hanya untuk pakaiannya sendiri.

Setelah mendalami pelbagai jenis silat Melayu yang hebat-hebat dan mempunyai pengalaman yang luas, sedar tidak sedar beliau telah menuntut dan menguasai 36 jenis persilatan Melayu dari segi zahir dan batin.

Pengenalan Bersama PSSGTM

Sin = Sir (rahsia)
Ya = Yakin
Lam = Latif
Ta = Taqwa

* SILAT * SULIT * SELIT *

* SILAT * SOLAT * SELAWAT *

"Inilah Pujangga Persatuan Seni Silat Gerak Tepat Melaka"

Pengenalan PSSGTM.
Persatuan Seni Silat Gerak Tepat Melaka telah ditubuhkan dan didaftarkan pada 13 Februari 2000. Persatuan ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Ahmad Bin Hamzah (ADUN Umbai). Persatuan ini pada awalnya diasaskan oleh enam orang penting dan diketuai oleh Guru Utama iaitu Guru Aziz Bin Md Said.

Persatuan Seni Silat Gerak Tepat Melaka ini berpusat di KM13.5, Jalan Berangan Enam, Kampung Umbai, Melaka. Seawal persatuan ini ditubuhkan, ahli pesilatnya hanya seramai 50orang sahaja dan sehingga kini ahli persatuan Persatuan Seni Silat Gerak Tepat Melaka Melebihi 1500 orang.

Gelanggang.
Persatuan Seni Silat Gerak Tepat Melaka ini mempunyai beberapa gelanggang di sekitar melaka seperti di Klebang Besar dan Merlimau. Ia juga mempunyai beberapa cawangan gelanggang di luar bandar melaka seperti di Negeri Selangor dan juga Johor.
Di Selangor Persatuan Seni Silat Gerak Tepat Melaka mempunyai 4 kawasan gelanggang iaitu di Gelanggang Kajang Utama, Gelanggang Semenyih, Gelanggang Puchong dan juga Gelanggang Universiti of Notthingham. Manakala di Johor pula persatuan Seni Silat Gerak Tepat Melaka hanya mempunyai 1 gelanggang di Kawasan Pasir Gudang dan dalam usaha untuk membuka beberapa gelanggang disekitar Kawasan Bandar Johor bagi memperkembangkan lagi kesenian Silat Gerak Tepat Melaka ini.

Ahli
Persatuan Seni Silat Gerak Tepat Melaka hanya menerima ahli bagi mereka yang menganut Agama Islam sahaja. Bagi mereka yang bukan beragama Islam persatuan ini tidak akan sesekali menerima menjadi ahli.
Dari segi peringkat umur Persatuan Seni Silat Gerak Tepat Melaka mengalu-alukan anak-anak yang berusia seawal 6 tahun keatas untuk memperlajari kesenian warisan pusaka bangsa ini dan langkah keselamatan jaga diri.

Sukatan Pembelajaran.
Permainan-permainan yang diajarkan oleh Persatuan Seni Silat Gerak Tepat Melaka adalah Permainan Kuntau Pelebat pecah 4, pecah 4 bawah, pecah 4 lapis, pecah 8, pecah 8 lapis, 3 setunda tangkap tembung 8 lapis, kunci-kuncian kuntau, tangan kosong, bermain Buah Parang, Buah Keris, Buah Selengan, dan terakhir Bermain Buah Tekpi.
Permainan Buah Pukulan pula seperti Pukulan Mat Kelang, Pukulan 9 dan Siku 12.

Sikap.
Menariknya didalam Persatuan Seni Silat Gerak Tepat Melaka ini mengajar serta mendidik ahli-ahli persatuan dalam beradaban bersama Guru dan orang yang lebih tua di antara satu sama lain.

Akhir kata, Persatuan Seni Silat Gerak Tepat Melaka ingin memberi sepatah dua pantun kata kepada semua masyarakat Malaysia :-

Padah bisa bermain tombak,
Mungkir nyawa jangan derhaka,
Biar badan menjadi tembok,
Pertahan tanah daripada durjana,

Menyeluk pekasam hingga lengan,
Bara api menjadi arang,
Halangan hanya menjadi cabaran,
Usahaku bukan kepalang,

Mati anak jangan adat,
Putih tulang bukan mata,
Warisan akan aku ikat,
Hingga putus akal dan nyawa,

Angin taufan menghiris isi,
Terbelah bumi menjadi dua,
Bersumpah aku atas nama ini,
Tak kan Melayu hilang di dunia.